SAYURTahu sayur apa ini? Marts cuma pernah makan sayur sekali sahaja, kira-kira enam atau tujuh tahun yang lepas. Itulah kali pertama dan sampai sekarang Marts tak pernah lagi jumpa sayur ni.
Namanya sulur keladi.
Masa itu Marts dapat makan pun disebabkan ada kawasan semak yang luas di sebelah rumah Marts baru lepas dibersihkan dan dibakar. Jadi banyaklah keladi liar(yang boleh dimakan) yang asalnya tumbuh di situ mengeluarkan sulur. Sungguh, masa tu Marts langsung tidak tahu sulur keladi tu apa, apa lagi boleh dimakan!
Sulur keladi ini semakin sukar dijumpai, mungkin sebab kerja mengumpulnya pun agak remeh, hendak menyediakannya pun lagilah remeh. Marts sendiri nampak macam mana susahnya kakak Marts mengumpulkan sulur keladi ini. Mungkin di pasar-pasar tani di kampung masih ada yang menjual sayur ini, tetapi kalau Marts nampak pun mungkin tak kenal sebab Marts belum pernah jumpa orang menjualnya.
Rasanya? Marts suka sayur keladi, jadi Marts sukalah rasa sulur keladi. Tapi kalau makan keladi Marts tidak suka bahagian ubi. Keras. Marts cuma suka bahagian batang dan daunnya sahaja. Marts tak ingat kakak Marts masak apa sulur ini, cuma Marts ingat rasanya masa tu bulan puasa.
Gambar hak milik web seperti yang tertera di dalam gambar. Marts tidak jumpa gambar sulur keladi lain di dalam internet.




Comments :
Post a Comment