KARUTAN JUMAAT
Sudah agak lama Marts tidak menyertai kawan-kawan Marts di gelanggang badminton. Jadi malam tadi dari Lapangan Terbang Subang Marts terus sahaja ke Bukit Gasing. Marts cuma jadi pemerhati sahaja sebab pakaian Marts tidak sesuai untuk melompat di gelanggang. Boleh koyak seluar nanti, kasut sukan pun Marts terlupa - biasanya ada sahaja dalam bonet kereta.
Lepas habis sesi menonton, Marts dengan kawan-kawan terus ke gerai di belakang IKM Petaling Jaya untuk sesi minum-minum sambil menonton filem daripada dvd cetak rompak! Makanan di sini sedap dan murah cuma bila malam nyamuk terlalu banyak! Gatal-gatal Marts dibuatnya.
Dahulu di sini ada sebuah gerai yang sangat-sangat popular disebabkan makanan yang dijual tersangat murah. Bayangkan sepinggan nasi lengkap dengan dua jenis lauk dan sayur cuma RM3 sahaja! Popular di kalangan pelajar IKM berdekatan. Marts dengan kawan-kawan panggil Gerai Mak sahaja sebab tuan punya gerai selalu bahasakan dirinya sebagai Emak. Sekarang Marts tak tahu apa jadi dengan gerai tersebut, tiba-tiba sahaja tutup.
Marts ke lapangan terbang sebelumnya kerana menghantar Abg Hisham. Abg Hisham adalah sepupu kepada Abg Long Sewel. Beliau datang ke KL pagi Khamis dan balik semula ke Kota Bharu pada sebelah malamnya.
Abg Hisham ini sebaya dengan Abg Long Sewel cuma Abg Long Sewel nampak 8 tahun 7 bulan lebih tua daripada Abg Hisham. Marts syak Abg Long Sewel mengamalkan susuk tetapi susuk supaya beliau nampak tua! Selain perbezaan dari segi 'ketuaan' dan 'kemudaan' mereka, satu lagi perbezaan adalah pada bahagian otak mereka.
Abg Hisham, kalau dalam Bahasa Inggeris kita boleh simpulkan sebagai sensible, mild mannered, civilized, gentleman dan beberapa ciri-ciri lain. Abg Long Sewel pula sebaliknya - corrupted, incorrigible, inconsistent, unpredictable, rude, retarded, insensitive, bad tempered serta macam-macam lagi. Pakej paling lengkap. Itu belum masuk 2 kotak rokok yang dihabiskan pada setiap hari.
Tapi Marts sangat suka bila Abg Long Sewel mula menyanyi lagu Sudirman, Levan Pollka dan kadang-kadang ada juga lagu Ziana Zain. Marts punya all time peberet ialah lagu 10 Budak Hitam versi kepala putus, kena tembak dan kena langgar lori! Supaya Marts tidur malam mimpi ngeri katanya. Ha ha ha...
Marts dengan Abg Long Sewel sepakat untuk suruh Uncle Senget menyanyi lain kali. Kali ini biar penuh, bukan sekerat-kerat macam yang lepas. Biar Marts yang main keyboard.
Marts juga sangat suka dengan Awang Kenit aka Yusuf. Sama ligat macam ayahnya juga. Mulut dia macam bertih jagung.
Terima kasih Abg Hisham belanja Marts makan di The Noodles! Cadangnya Marts nak bawa beliau dinner di tempat lain tetapi disebabkan kesuntukan masa terpaksa batal dinner dan makan di Subang sahaja. Lain kali biar Marts belanja.

Comments :
Post a Comment