Storm Warriors II indah khabar dari rupa. Filem pertama dikeluarkan 10 tahun yang lepas, kecuali bahagian special effects yang memang hebat tahap polis angkasa gaban(dan juga berlebih-lebihan), yang lain semuanya tidak menarik. Jalan cerita juga sudah bertukar sedikit, sepatutnya Maharaja Jepun yang cuba mencuri tulang belakang naga jelmaan Maharaja Cina pertama dan bukannya Ateis Jati. Marts tidak kisah sangat dengan jalan cerita sebab Marts tahu bukan senang untuk jadikan sebuah komik yang ada jangka hayat lebih 10 tahun(dan masih lagi belum habis sehingga sekarang) kepada sebuah filem tetapi ada banyak sangat yang tidak menarik pada filem ini. Marts rasa Phang Brothers terlalu menumpukan kepada aspek special effects sehingga melupakan aspek jiwa filem ini. Kosong!
- Wind aka Penjejak Badai bertukar menjadi pontianak Edward Cullen, cukup dengan mata pontianak dan kulit yang pucat seperti mayat.
- Cloud aka Penjejak Awan boleh 'mengeluarkan' Death Eaters dari Harry Potter menggunakan pedangnya. Setahu Marts teknik Pedang Istimewa tidaklah sampai begitu sekali.
- Special effects berlebih-lebihan sampaikan ada kalanya berpinar mata Marts tengok kilat, api, angin dan sebagainya. Marts rasa mereka patut kelihatan seperti manusia biasa bukan mutant atau pun dewa.
- Charlene Choi sebagai Meng? Sikit pun tak ada rupa Meng. Meng juga setahu Marts mahir berlawan.
- Pakaian Penjejak Badai dan Penjejak Awan sangatlah kelakar. Marts belum pernah tengok Penjejak Badai ada pakaian seperti itu di dalam filem di dalam komik Pedang Setiawan. Berserabut pakaian mereka. Macam model pakaian pelik atas runway.
- Terlalu sedikit watak kali ini, Marts harapkan dapat tengok Phoenix atau pun Ateis Angkasa adik tiri Penjejak Badai. Maharaja Cina best, cuma terkilan tak dapat tengok Tinju Maharaja yang famous dalam komik.
- Lama-lama menonton, Marts rasa macam menonton filem Re-cycle oleh pengarah yang sama pula. Daripada muzik sampailah kepada feel keadaan sekeliling.
- Ateis Jati nampak lemah, mati di tengah-tengah filem. Marts ingatkan dialah center filem ini, rupa-rupanya pergaduhan antara Badai dan Awan yang hendak diceritakan.
- Nicholas Tse tak ada pun tak apa sebab dia muncul pun beberapa minit sahaja. Lebih baik dia balik rumah tengok Cecilia Cheung. Wa ka ka ka...
- Phang Brothers cuba tiru style filem 300 dalam filem ini. Tapi tak menjadi pun.
Nasib baik subtitles kali ini terutamanya pada nama-nama watak selari dengan komik versi Bahasa Melayu. Walaupun nama dalam Bahasa Inggeris berlainan tapi alih bahasa masih merujuk kepada komik versi Melayu, contohnya Lord Godless(Ateis Jati), Heart(Ateis Kuntum), Second Dream(Meng), Raja Danawa, Suruhan Angkasa dan Suruhan Bumi dan lain-lain lagi.
Kesimpulannya, Marts rasa bosan, tak teruja dan ada kalanya menguap menonton filem ni. Storm Warriors II sama sahaja dengan filem pertamanya cuma baik dari segi special effects. Marts rasa animasi Storm Riders lagi best dari yang ini. Patutlah si Mira tertidur dalam panggung menonton filem ini.
Marts rasa ada bahagian III yang akan keluar. Marts baca komik sahajalah.
Tengoklah pakaian dan aksesori Badai dan Awan yang berserabut dan sarat tu.
Badai dengan baju kelawar beliau.
Pendekar Tanpa Nama, Ateis Kuntum, Chu Chu, Awan, Makhluk Sesat, Badai, Meng dan Ateis Jati.








oo..
ak baru nk tengok..
ak mmng da agak da..
selalu nyer sequel ni memang hancur skit...
tengok jer la transformer, harry potter, ..hrmmm...
tapi nak p tengok gak mlm nie..
hehehe
potong tul la.. trus kensel.. hehehe.. xpe nak gi tgk citer lain pulak.
Prots, die hard fan should go sebab boleh faham. Kalau tak baca komik nanti boleh blur.
J, setuju sangat tengok filem lain.
patutlah saya tertidur tengok cerita ni. Perasan tak pendekar tanpa nama tu muka dia sebijik macam ust akhil khay..hehehehe. Filem animasi 2D depa lagi best giler, dari filem ni.
hahah...ak memang blur tengok filem tu..
terlampau wannabe la graphics dier..
adik aku tengok sebelah siap boleh tido.. Bape kali gak la aku kejut... sedangkan dier yang kumpul pendekar badai nyer komik...
sengal,..
Tapi memang betul la..
filem nie biasa jerk.. aku pun boleh mneguap tengok.. Effect pedang dier.. biler bersentuhan ngan pedang lain sangat kuat, nyaring.. Ak kuar wayang macam nak pitam.. first time..
Hahahhaha :)
Anyway, ak tengok filem tu, ak asyik teringat jerk aper yang ko cakap, 300 la, edwart wannabe, hahahahah.. sampai ak gelak sengsorang... HAhaha