Lama Marts tak update kan? Rasa macam sibuk sangat sekarang ni, balik kerja malam Marts terus terbungkang mahu tidur sahaja, dengan tak mandinya. Kui kui kui... Totoro pun bising Marts tak berapa nak manjakan dia macam selalu. Malam pun Marts tak buka laptop atau internet, modem Marts mesti rindu dengan Marts sebab tak sentuh dia dah. Uncle Senget pun dah bising dengan Marts.
Marts bukan sahaja busy, laptop Marts juga rosak minggu lepas, dah la dalam tu penuh dengan kerja-kerja pejabat dan artwork yang penting-penting, kalau kena design semula mau Marts menangis rasanya. Nasib baik technician pejabat Marts dapat recover semula fail-fail penting Marts walaupun hard disk terpaksa diformat semula. Jadi kiranya laptop Marts sekarang ni kosong - tak ada software lagi untuk Marts buat kerja, semua bookmark penting dalam Mozilla Marts pun dah hilang. Banyaklah kerja yang Marts kena buat sekarang ni daripada installation sampailah nak cari semula url penting yang dah hilang tu.Hari ni Marts baru sahaja install Mozilla, itu yang terus online ni.
Kerja yang macam banyak sangat sekarang ni buatkan Marts bukan sahaja tak sempat nak online, nak habiskan masa berskating pun tak sempat juga. Ada sahaja halangan, kalau Marts ada masa free pun Marts cuma hendak tidur sahaja sebab kepenatan. Marts sampai tak perasan yang Uncle Senget ada di Malaysia sebab Marts tak masuk blog, kui kui kui...
Hari ni Marts dah nekad tak mahu fikir atau buat apa-apa berkaitan dengan kerja, jadi pagi-pagi lagi Marts dah ke Mid Valley hendak jalan-jalan cuci mata sambil exercise tawaf Mid Valley dan Gardens. Tengah hari Marts beli bento ngan sotong kurita goreng kat Jusco makan dalam kereta, rasa best je berkelah dalam kereta kat parking Mid Valley. Marts sangat suka makanan Jepun, kecuali sushi yang guna raw ingredients, kalau yang lain Marts bedal sahaja.
Korang tau tak, kebetulan Jusco ada sale hari ni, macam tau-tau sahaja masa Marts pergi ada sale pulak. Maka terbelilah Marts beberapa pasang kemeja untuk kerja, sepasang baju batik* dan empat pasang kasut. Ya, Marts memang suka dengan kasut walaupun Marts rasa macam dah banyak kasut kat rumah. Marts memang tak berapa suka beli seluar atau baju atau pun berhabis untuk ubahsuai kereta macam orang lain tapi dengan kasut memang Marts lemah la sikit. Kalau Marts suka nanti boleh teringat-ingat sahaja. Kalau baju kerja kadang-kadang setahun pun balik-balik baju yang sama sahaja, sebab tu la Marts suka pakai uniform sebab tak payah beli kemeja banyak-banyak. Wa ka ka ka....
Lepas ni mesti Marts akan jadi lebih tinggi dan lebih hensem dari Uncle Senget! Larikkkkkkkk!
Lama Marts cari design ni, kalau tak habis, saiz tak ada. Sebelum ni dah lima store sampai ke KLCC Marts redah cari design ni. Kebetulan kali ini ada saiz Marts dan pasang yang terakhir, terus Marts beli tanpa fikir sebab dah fikir banyak kali sebelum ni. Sila jangan komen pasal bulu kaki!
Boots paras buku lali, boleh pakai ke opis atau pakai dengan jeans.
Boleh buat kasut kerja, two tones color pada bahagian depan.
Ini pun two tones juga, tak pernah ada kasut macam ni, jadi Marts beli la. Mungkin dipakai bila ada majlis kot. Uncle, majlis kahwin Marts boleh pakai tak kasut macam ni?
Dalam perkembangan lain, korang ingat lagi tak Marts pernah tulis mengenai khabar-khabar angin Marts dapat markah tinggi dalam penilaian prestasi lepas? Lepas dapat tahu Marts pun selidik dan dapat tahu Marts bukan dapat markah paling tinggi tapi kedua tertinggi daripada 3 orang. Rupa-rupanya bukan khabar angin, Khamis lepas Marts terima surat bahawasanya Marts dapat Anugerah Pekerja Cemerlang lagi. Kui kui kui... alhamdulillah rezeki Marts. Walaupun ramai yang suka dan tumpang gembira, ada juga yang Marts perasan macam tak puas hati. Marts bukan bodoh, kita boleh tahu walaupun dengan memek muka atau perasaan yang terbayang pada wajah. Yang tak puas hati ni biasalah adalah mereka-mereka yang kerja biasanya tak siap atau selalu tertangguh, di depan bos cakap berapi-api dan kaki ampu bos. Marts dengan rela hati boleh bagi anugerah ini pada orang lain kalau Marts dapat secara tak layak(kita tahu sendiri la buat kerja ke tak kan) tapi Marts tahu Marts layak sebab Marts buat kerja siap pada masanya, cuba buat sesempurna yang mungkin dan yang paling penting buat kerja ikhlas dan tak bising-bising bila dapat kerja banyak. Marts juga selalu dengan senang hati buat kerja yang orang lain tak mahu buat secara sukarela. Puji diri sendiri sekejap.
Bising-bising pasal kerja dalam blog tak apa ya, untuk melegakan tekanan kerja.
Dan itulah juga sebabnya kenapa Marts perlukan sepasang baju batik*, tema kali ini adalah hijau. Marts cuma ada baju batik berwarna kuning!
Cakap pasal kasut, Marts memang tak suka sneakers atau kasut sukan. Sneakers yang Marts ada jarang-jarang dipakai, manakala kasut sukan pada Marts adalah untuk aktiviti bersukan atau semasa beriadah sahaja. Marts lebih selesa pakai pakai kasut kulit atau boots dan Marts rasa jeans nampak lagi menarik bila dipadankan dengan kasut kulit atau boots. Marts rasa tinggi, wa ka ka ka...
Marts juga tak suka kasut yang muncungnya panjang atau tajam macam kasut McDonald tu. Saiz kaki 7 kalau campur muncung tu dah jadi macam 9 atau 10 pula. Marts rasa pelik dan kelakar.
Marts juga tahu ada orang gila yang beli kasut sukan mahal-mahal lagi cantik lepas tu dia simpan sebab dia malas exercise!
Cakap pasal kasut, Marts memang tak suka sneakers atau kasut sukan. Sneakers yang Marts ada jarang-jarang dipakai, manakala kasut sukan pada Marts adalah untuk aktiviti bersukan atau semasa beriadah sahaja. Marts lebih selesa pakai pakai kasut kulit atau boots dan Marts rasa jeans nampak lagi menarik bila dipadankan dengan kasut kulit atau boots. Marts rasa tinggi, wa ka ka ka...
Marts juga tak suka kasut yang muncungnya panjang atau tajam macam kasut McDonald tu. Saiz kaki 7 kalau campur muncung tu dah jadi macam 9 atau 10 pula. Marts rasa pelik dan kelakar.
Marts juga tahu ada orang gila yang beli kasut sukan mahal-mahal lagi cantik lepas tu dia simpan sebab dia malas exercise!








Let me be the first to wish... Tahniah Marts!!!!!!!!
tahniah marts...
erkkk...
kasut gambar 1st...
sumpah lawa...
huuuuuu...
-Ajipp-
sungguh seksi itu kaki
J, Ajipp, TQ. Kasut tu lawa macam tuan dia kan Ajipp? Wa ka ka ka...
Mira, tu baru kaki.
Wahhh.. pekerja cemerlang!!! Tahniah!!
Ammal pun cam Marts. Hantu kasut. Masa single & tak der anak, lagiii teruk. Baju kuning, kasut kuning. Baju merah, kasut merah. Berlambak kasut. Masa tu masa banyak, rajin la jaga & belai kasut tu. Dah ada anak, kasut2 tu banyak rosak. Pengabih masuk tong sampah.. huhuhu. Skrang tinggal dalam 20 jerk... hehehe... Kasut2 baru Marts tu, Ammal suka yg no 1 & 3. Seeemaaaarrrrtttt.... :D
Ammal, musti macam datin pakai satu badan warna sama kan? He he he he...
Kuang... kuang... kuang... Tapi memang style Ammal time tu, jadi ikutan sorang auditor. Tiap kali Ammal bertembung ngan dia, dia punya usyaaa... atas bawah, atas bawah... hahaha.. La ni, tak da dah la. Kasut banyak warna hitam la ni :P
APC pun ade wat tema2 gak ke..hehe..kat opis aku lak..yg dpt APC..hanya yg main politik je..sampai pencen lom tentu aku dpt APC../huhu...ko nk kirim batik ke..meh aku bli..hihi
Ammal, opis Marts ada gak sorang akak yg suka pakai sedondon atas bawah. Marts panggil dia Datin. Wa ka ka ka... beg tangan dia pun ada kaler2 jugak.
Minah, ada tema pulak kali ni. Yang perit, presentation aku pulak yang kena buat tuk malam tu. Dari flash sampailah ke power point.
Ko aku dah beli batik baru nak offer ye!!