Yang jadi masalah ialah Marts turut sama jadi 'kebal' dengan kereta Marts. Marts mungkin tahu pasal komputer dan benda lain tapi pengetahuan pasal kereta macam kosong. Korang mesti dah tahu macam mana Abang Long Sewel asyik marah Marts sebab penat ajar Marts pasal kereta. Pam tayar pun kawan-kawan opis yang sukarela buatkan. Wa ka ka ka...
Marts paling tak suka kalau apa-apa jadi pada kereta Marts. Fobia. Sebab kalau jadi apa-apa Marts tak tahu nak buat apa. Setakat ini, bila ada masalah Marts bernasib baik lagi sebab sentiasa ada orang yang tolong Marts. Biasanya yang jadi mangsa adalah adik Marts.
Nak jadi cerita, minggu lepas Marts ke Putrajaya untuk event Cyclefest 2010. Marts parking di sebelah Palace of Justice, sekali bila Marts balik tengok kereta tayar kereta Marts dah kempis terus!!! Tak ada angin langsung. Walaupun Marts pandang dengan muka tak ada perasaan sebenarnya dalam hati Marts panik habis. Kalau pam tayar pun tak paham-paham(sekarang dah pandai sikit) apa lagi nak tukar tayar kereta kan? Tayar spare Marts ada tapi Marts risau sebab Marts tak reti langsung nak tukar tayar. Sebelum ni kalau tayar pancit dekat dengan pejabat, jadi Marts boleh la panggil kawan-kawan tolong tengokkan. Macam-macam benda keluar dalam kepala Marts;
1. Kereta terbalik sebab salah guna jack kereta.
2. Tayar boleh cabut tapi tak reti nak pasang semula.
3. Kalau boleh pasang pun, tengah jalan tayar mungkin tercabut semula sebab pasang tak betul.
4. Semua kat atas tak jadi sebab Marts tak reti guna spanar dengan jack pun!
Tayar spare ada, selamat. Tapi Marts baru perasan Marts tak ada jack kereta mahupun spanar untuk buka tayar tu! Marts telefon adik Marts tapi kasihan pula sebab dia jauh dan mengganggu dia pula kan. Kebetulan pula Abang Long Sewel telefon Marts, lepas lama bersembang-sembang barulah Marts maklumkan pada dia. Silap haribulan boleh kena marah lagi kan.
"Staz, tayar kereta Marts pancit ni."
Kali ni Abang Long Sewel tak marah pulak macam dulu. Tapi dia ajar Marts dari A sampai Z macam mana nak ganti tayar tu. Daripada suruh longgarkan skru sikit-sikit sampailah kepada hati-hati dengan jack sebab takut kereta terbalik.
"Tayar spare ada angin tak?"
"Ada Staz."
"Jack dengan spanar ada?"
"Ada kot, Marts belum check lagi dalam kereta", padahal memang tak ada tapi sebab Marts takut kena marah Marts pun jawab macam tu.
"Tapi Marts tak tau nak letak jack tu dekat mana...",
dan Abang Long Sewel pun cakap lagi pasal mana nak letak jack dan gunakan jack. Marts sungguh la lupa apa nama tempat yang dia arahkan letak jack tu. Lepas je letak telefon terus Marts lupa. Musykil sungguh Marts dengan otak Marts bila masuk bab-bab kereta ni.
dan Abang Long Sewel pun cakap lagi pasal mana nak letak jack dan gunakan jack. Marts sungguh la lupa apa nama tempat yang dia arahkan letak jack tu. Lepas je letak telefon terus Marts lupa. Musykil sungguh Marts dengan otak Marts bila masuk bab-bab kereta ni.
"Sudah, pergi la buat tayar tu dulu!"
"Ok Staz, nanti apa-apa Marts bagitau Staz."
Marts duduk je atas kerusi kayu yang banyak depan Perbadanan Putrajaya sambil fikirkan apa nak buat dengan kereta Marts tu. Macam orang bodoh pulak.
Kesudahannya Marts selamat sebab ada sorang abang ni yang parking tak jauh dari kereta Marts tolong Marts. Dialah yang tolong Marts buka tayar kereta dan pinjamkan jack kereta dia. Spanar pula Marts pinjam dengan orang lain dengan muka tak malu.
"Kau tau buat benda-benda ni?", tanya abang tu.
"Pernah bang, 2 tahun lepas kot", jawab Marts jujur dan beriman.
Marts rasa abang tu pun perasan kot Marts ni kayu sikit pasal tukar tayar ni. Abang tu pun mula buat kerja sambil Marts pun buat-buat sibuk macam pandai. Sekali skru tayar tu sikit pun tak bergerak bila Marts pusing.
"Kau kena pijak spanar tu, baru boleh."
Marts pijak guna sebelah kaki, tak jadi apa. Pijak lagi guna dua-dua belah kaki, pun tak jadi apa-apa jugak. Marts rasa Marts dah habis gemuk dan berat dah. Malu sungguh.
"Bagi sini abang buat," pintas abang yang baik hati tu.
"Krakk!", sekali pijak je skru tayar tu berpusing.
"Abang, boleh ke kita buat kat sini? Tak bergolek ke kereta ni nanti?",
"Abang, jack ni nak letak kat mana ye?,
"Kena angkat lagi tinggi ke bang?,
itulah antara soalan-soalan yang keluar dari mulut Marts. Last-last abang ni la yang tolong sampai berpeluh-peluh sebab dia yang banyak buat kerja dari Marts. Segan pun ada dengan famili dia yang ada kat situ, bini dia senyum je. Tapi lepas ni gerenti Marts dah boleh tukar sebab Marts dah tengok betul-betul macam mana abang tu buat hari tu. Terima kasih.
Cuma sekarang Marts dah macam agak-agak lupa mana nak letak jack tu. Hisyy...





Yeke... gerenti boley buat 2... nnt nk buat pakatan dgn kwn2 yg len... nk pancitkan tayar marts lg...hehhehehe
tak baik ko.. penat aku tolong tukor.. ko tak blanja pun lepas tuh... ehehehe (mode nyersal tolong Martz) ekekekekee
Ala ciannya.. tapi rasa klaka pun ada... Marts join AAM jer ler... senang citer... ;)
IG, nanti Marts pancitkan tayar skate IG baru tau!!!
Ammal, AAM tu betul ke dia datang kalo tayar pancit/keta rosak?
Fique, ko ke yang tolong aku hari tu? Wa ka ka ka... tak pasan ah!
AAM tu, pengalaman Ammal, memang dia datang la. Dari bateri kong, tingkap keter tak leh tutup, semua boleh... hik hik hik
Boleh pancit ke tayar skate? klo xblh pancitkan tyr kete marts, nk ajk kawan2 cabutkan tayar skate marts...
IG nk beli helmet baru.... tpyg biasa jer.. untuk cyclist pon boleh... rega not bad 50-80. Dah usha2 kt kedai basikal kt cni...
Boleh pancit ke tayar skate? klo xblh pancitkan tyr kete marts, nk ajk kawan2 cabutkan tayar skate marts...
IG nk beli helmet baru.... tpyg biasa jer.. untuk cyclist pon boleh... rega not bad 50-80. Dah usha2 kt kedai basikal kt cni...
empati giler ngan kereta marts. ahaks!
Ammal, mcm ok je tu sampai tingkap keta pun dia buat ye.
IG, beli yg cyclist je la. Tak payah macam Akira/Nik punya.
Ling Aidil, lama tak datang sini, sibuk dgn FB ye.