Marts suka memasak tapi lebih cenderung kepada lauk-pauk, one pot meal, pasta dan goreng-gorengan. Kalau makanan jenis pencuci mulut, pastri atau yang melibatkan bakar-membakar memang Marts angkat tangan terus - Marts tak tahu, tak minat dan tak suka. Marts sendiri tak suka makan pastri, kek, aiskrim atau sebarang pencuci mulut yang manis-manis. Adik lelaki Marts pula(ya, adik lelaki Marts) berlawanan dengan Marts, dia pandai masak tapi lebih kepada kek, biskut dan pastri. Kalau dia bercerita dengan Marts pasal kek atau pastri Marts sendiri pun tak pasti Marts faham atau tak apa yang dia terangkan. Kiranya kalau Marts dengan dia balik kampung sekali macam timur dan barat makanan di rumah. Kalau tak percaya sila tengok makanan yang dia masak dengan makanan yang Marts masak. Tapi Marts suka juga makan cheese cake yang dia buat. :-D
Ceritanya, walaupun Marts tak suka dan tak reti masak pencuci mulut tapi kadang-kadang Marts nak juga cuba buat. Masa Marts kecik dan masih sekolah rendah emak Marts selalu buat makanan seperti dalam gambar di atas ni. Sebab famili Marts besar jadi kitaorang akan buat dalam kuantiti yang banyak la - penuh periuk. Bila masing-masing dah sekolah di luar daerah, kerja dan sambung belajar emak dah berhenti terus masak benda ni sebab tak berbaloi nak masak untuk makan seorang, lagipun emak Marts dah tua sekarang ni. Marts ingat lagi, kadang-kadang masa kenduri doa selamat pun orang kampung Marts hidangkan makanan ni(ayah Marts selalu paksa Marts pergi kenduri doa selamat/tahlil kalau ada jemputan walaupun Marts tak suka sebenarnya).
Ni hasil air tangan adik lelaki Marts.
Yang ini hasil air tangan Marts.
Ini hasil air tangan adik perempuan bongsu Marts. Gambar diambil dari Google images.
Serius, Marts langsung tak tahu nama makanan ni. Marts ingat rasanya tapi Marts tak tahu namanya. Dulu Marts tau makan sahaja, ada tepung beras, gula merah dan santan. Emak akan gentel tepung beras sampai penuh talam dan kadang-kadang Marts akan tolong gentel juga walaupun sekadar menyibuk saja. Kalau orang sekarang apa-apa yang dimasak dengan gula dan santan semuanya dipanggil pengat atau bubur bergantung pada bahan yang digunakan.
Nak dijadikan cerita, baru-baru ni Marts sedang baca buku oleh Chef Zaidah dan Marts ternampaklah gambar makanan ni yang rupanya sebiji macam makanan yang emak Marts selalu masak dulu. Chef Zaidah bagi nama Pengat Bubur Candil(makanan Indonesia katanya), walaupun namanya pelik tapi rupa bebola tepung pulut dengan kuahnya tu memang ingatkan Marts pada masakan yang emak Marts buat.
Hasilnya, Marts pun buatlah satu periuk kecil Pengat Bubur Candil ni. Walaupun tak sesedap yang emak Marts buat tapi pada Marts sedaplah juga sebab pertama kali buat dah jadi. Ha ha ha...
Penat juga nak buat bebola-bebola ni, penat tangan Marts nak gentel kecik-kecik. Marts gunakan gula merah saja dan bukan gula melaka sebab konon-kononnya nak sama resepi macam yang emak Marts buat. Marts masak saja gula merah dengan air dan santan, kemudian masukkan bebola-bebola tu sampai timbul, macam kita masak kuih buah melaka la.
Penat juga nak buat bebola-bebola ni, penat tangan Marts nak gentel kecik-kecik. Marts gunakan gula merah saja dan bukan gula melaka sebab konon-kononnya nak sama resepi macam yang emak Marts buat. Marts masak saja gula merah dengan air dan santan, kemudian masukkan bebola-bebola tu sampai timbul, macam kita masak kuih buah melaka la.
Marts memang ada stok simpanan macam-macam jenis tepung di rumah daripada tepung jagung(untuk pekatkan kuah masakan), tepung gandum dan tepung beras(untuk buat batter) sampailah kepada tepung ubi kayu dan potato starch. Kadang-kadang tepung habis sebab dok cuba resepi banyak kali tapi makanan yang nak dibuat tak jadi-jadi pun. Kui kui kui...
Pengat ni rasa bebolanya lembut dan kenyal sebab kita gunakan tepung pulut, tapi Marts kena dapatkan sukatan yang betul la untuk campuran gula merah, air dan santan tu sebab Marts main campak je dalam periuk, semuanya main agak-agak sahaja.
Lebihan pengat ni Marts masukkan dalam peti ais, sedap sungguh rasanya bila makan sejuk-sejuk semasa cuaca panas. :-D
Nota : Bukti untuk Raksasa Gorgon yang kata Marts jadi TOTO pada hari Marts masak benda ni (TOTO bukan Totoro ye).
Lebihan pengat ni Marts masukkan dalam peti ais, sedap sungguh rasanya bila makan sejuk-sejuk semasa cuaca panas. :-D
Nota : Bukti untuk Raksasa Gorgon yang kata Marts jadi TOTO pada hari Marts masak benda ni (TOTO bukan Totoro ye).









wah....cantiknye kek2 tu.
adik mart bukak kedai kek ke ape??
huhu..
marts i think u should open up a bisnes.. sure masyukkk...
eh..tots dh bertukar jadik kek ke.//....hihi
Sedap & lawa2 nyer kek!!! Boleh tempah?
Nolly/Ammal - dia masak makan sendiri je. Kui kui kui...
Minah, tu la dia buat kek rupa kucing pulak.
Rizal, lambat lagi kot. Perancangan ada la, tapi belum lagi. Nak kena makan gaji dulu. Ha ha ha
adik beradik kaki masak ni.. buleh buat katering kawen nih.. hiks..