Lama Marts tak menonton filem Hong Kong. Kali terakhir adalah filem Storm Warriors II yang entrynya boleh dibaca di sini. Dulu, semasa Marts masih sekolah filem-filem Hong Kong adalah peberet Marts sampaikan setiap minggu Marts akan ke panggung wayang di bandar kecil tak jauh dari kampung Marts. Panggung wayang kecil je, bayar tiket RM1.60, kerusi pun keras sebab span dia nipis. Free seating dan tak pernah full house kecuali sekali semasa tayangan Universal Soldier. Wa ka ka ka...
Masa tu Marts langsung tak minat dengan filem Hollywood mahupun filem Melayu sampaikan Marts lebih kenal pelakon Hong Kong dari pelakon Hollywood. Kalau ada saja filem baru Hong Kong yang keluar mesti Marts akan tengok terutamanya filem martial arts dari pelakon macam Jet Li, Briggite Lin, Zhao Wen Zhao, Andy Lau, dll. Marts sendiri sampai sekarang masih lagi kumpul dvd filem-filem martial arts Hong Kong walaupun Marts dah berhenti menonton filem Hong Kong di panggung bila Marts habis sekolah. Once Upon A Time In China, Dragon Inn, The Swordsman, Flying Daggers - adalah antara filem-filem yang Marts suka masa tu.
Sekarang ni, filem-filem martial arts Hong Kong yang bagus pada Marts cuma Heroes, House of Flying Daggers, Curse of The Golden Flowers, Ip Man dan beberapa lagi yang Marts lupa tajuknya.
Berbalik pada City Under Siege, Marts sendiri tak pasti apa yang buat Marts nak tonton filem ni, yang pasti sebab sekarang tak ada filem lain yang menarik perhatian Marts. Filem ini kononnya berbajet besar, ada nama-nama besar(Aaron Kwok, Shu Qi dan Wu Jing) dan yang penting pada awal filem berlatar-belakangkan negara Malaysia pada zaman Jepun sehinggalah zaman sekarang sebelum filem beralih ke Hong Kong pula. Cerita belum tamat Marts sudah boleh buat kesimpulan pasal filem ni, ianya sebuah filem yang tak best, tak menarik dan sangat predictable. Satu-satunya benda yang menarik pada Marts cuma Wu Jing sebab Marts besar dengan filem-filem dia dari dia kecil sampailah dia dah besar(sebenarnya Marts sendiri tak tahu dia berlakon dalam filem ni).
Aaron Kwok, pemenang pelakon terbaik dari filem drama serius This Time Our Exile(yang juga berlatar belakangkan Malaysia), Marts tak pasti apa motif dia berlakon filem macam ni. Marts cuma rasa bayaran dia besar sebab tu dia terima sebab watak dia dalam filem ni cuma jadi hero ala-ala badut.
Ringkasnya filem ini mengenai Aaron Kwok yang jadi badut dalam satu kumpulan sarkas yang mengembara ke seluruh dunia. Dia ni seorang failure dalam segala hal dan dia mengaku bahawa dia adalah keturunan mereka yang mahir dalam seni membaling pisau(flying daggers). Semasa buat pertunjukan di Malaysia, kawan-kawan dia jumpa emas di tempat ujikaji untuk mutasi manusia yang dibuat masa zaman Jepun, bila dah tamak diorang berpakat untuk bunuh Aaron Kwok tapi gagal bila masing-masing tersedut bahan kimia tu. Kemudian diorang balik ke Hong Kong tapi semuanya dah jadi kuat dan rupa dah macam Hulk Marts tengok, termasuklah Aaron Kwok yang dibuang ke dalam laut. Orang lain semuanya berubah rupa kecuali si Aaron sebab gene dia special kononnya - senang je diorang buat cerita kan?
Filem ni bermula dengan serius dan nampak bagus tapi selepas 20 minit mula jadi kelakar(walaupun bukan scene kelakar) dan bosan. Marts beberapa kali terpejam mata sebab nak lepaskan beberapa scene yang bodoh-bodoh. Shu Qi pun Marts tengok berlakon balik-balik macam tu saja, watak pun macam dalam filem-filem lain. Sama dan mendatar. Elok dia berlakon porn macam dulu-dulu. Eke ke ke ke...
Filem Hong Kong sekarang terlalu komersil, banyak yang tak seimbang antara cerita dengan teknologi dalam filem. Macam filem Storm Warriors, special effect memang canggih habis tapi ceritanya macam sampah. Filem So Close pula special effect dengan aksinya melampau-lampau sampai jadi macam tak real. Bila buat period movie pulak, props dan scene memang gila-gila cantik tapi cerita tetap pada tahap biasa-biasa sahaja - contoh True Legend, Painted Skin, Empress and Warriors, Red Cliff dan Legend of Zhu. Special effect cantik, pelakon hebat-hebat pun tapi cerita boleh orang bosan dan rasa kelakar tengok(pada lemahnya cerita) nak buat apa kan? Marts bagi pengecualian pada Ip Man I dan II.
Kembali pada City Under Siege, cerita ni memang tak boleh ditolong lagi. Nasib baik la Marts suka tengok Wu Jing berlakon dan berkungfu.
1. Scene bergaduh dalam dorm tempat tinggal pekerja sarkis memang melampau-lampau, dalam banyak-banyak benda yang musnah, pecah dan meletup dan pisau yang berterbangan sana-sini tak berhenti-henti, boleh pula si Shu Qi, Wu Jing dan kawan dia sikit pun tak cedera dan tak kena sebarang serpihan.
2. Shu Qi badan tembus dengan hulu pisau yang pastinya lagi besar dari peluru, boleh pula dia senyum-senyum ketawa tak sakit. Orang lain dah mati agaknya kalau darah keluar banyak dari kecederaan macam tu. Dia ok je, tak ada pun nak hentikan darah dari luka besar macam tu.
3. Aaron Kwok berlatih baling pisau beberapa hari je terus jadi expert dan jadi pembaling pisau yang mahir.
4. Awal cerita dia tak perlukan sebarang tekanan pun untuk gunakan 'kuasa' dia untuk tengok benda jauh dan boleh pula baling buluh kecil dari jauh untuk tumpaskan penjenayah. Tiba-tiba dia perlukan latihan pula sebab 'kuasa' dia cuma keluar semasa di bawah tekanan dan tak boleh dikawal.
5. Kena buang dalam laut yang bergelora dalam ribut dari Malaysia, tiba-tiba boleh pula selamat dan elok-elok sampai di Hong Kong tempat tinggal dia. Jauhnya dia berenang dan selamat pula tu.
6. Geng penjenayah Marts tengok dah macam Incredible Hulk pula Marts tengok, dan macam kartun. Sehebat-hebat polis tak boleh nak tembak beberapa orang penjenayah yang tak kebal pun?
Serius, tak payahlah tengok filem ni. Lebih baik tengok filem-filem lama Jet Li 10 tahun lepas yang jauh lebih baik dari City Under Siege.

Comments :
Post a Comment