Entry pantas sekadar mengisi mukasurat dalam blog Marts. Selepas bertahun-tahun Marts ada blog, sebenarnya perlu ada sedikit rasa tanggungjawab untuk update blog anda. Sama juga dengan perkara lain, perlu ada rasa tanggungjawab juga. Marts selalu terfikir, kalau blog yang tak penting pun boleh dikemaskini setiap minggu, apa lagi dengan kerja-kerja yang lebih penting kan? Apapun, macam biasa Marts di pejabat buat kerja sambil update blog. Walaupun update blog, kerja perlu dibuat juga.
Minggu ini Marts baru perasan vent visor kereta Marts kena curi. Kiri kanan kena curi. Banyak-banyak kereta, kereta buruk Marts juga yang pencuri ni target. Selalu penutup tiub tayar sahaja yang kena curi(Marts dah tak pakai sekarang, asyik hilang sahaja) tapi kali ni vent visor pulak yang hilang. Marts tak rasa pencuri ni nak jual tapi Marts rasa dia nak pasang untuk kenderaan sendiri sebab kereta model dua pintu macam Marts tak banyak di area rumah Marts tinggal ni. Tapi tak apalah, asalkan dia tak pecahkan kereta Marts sudah.
Dua malam lepas Marts bertandang ke Ichiban Ramen lagi. Tiba-tiba rasa nak makan makanan Jepun lepas kena tag dalam gambar makanan Jepun dalam FB. Jadinya balik kerja Marts terus ke Ichiban Ramen dan sambung dengan menonton Reign of Assassins. Marts order Chicken Kaarage je, nak makan ramen dengan bento macam besar sangat portion diaorang.
Chicken Kaarage ni sebenarnya ketulan ayam goreng sahaja tapi ayam ni rangup di luar, juicy kat dalam dan batter yang diaorang gunakan sangat light dan ada rasa yang sangat sedap. Marts pernah terbaca resepi chicken kaarage, walaupun cuma ayam goreng tapi sebenarnya ada cara nak masak supaya ayam sedap dan rangup. Daripada proses perap ayam sampailah kepada ayam yang perlu digoreng dua kali!






takpelah marts. xde rezeki. janji dorang tak pecahkan tingkap je.
Imre, thanks. Tu la, jangan pecahkan sudah la. Kalau kereta buruk pun kena samun, kalau kereta mahal lagilah susah hati nak tidur malam. Patutlah org kaya susah hati je. Ha ha ha...
update blog pun tanggungjawab kan? kalau yg xda blog? blog kena pecah masuk camno? hahaha!