Sabtu lepas hari yang sangat stress. Jam 6 dah bangun, terus siap-siap ke pejabat. Ada present belanjawan. Marts cuma membantu tapi Marts ada sikit suspicious dengan bos nombor 1 Marts bila Marts diminta datang sekali. Tak apa, Marts sanggup balik lewat malam sebelumnya untuk siapkan maklumat yang diminta untuk presentation. Bos nombor 2 akan ganti bos nombor 1. "Sah-sah akan ada masalah", kata Marts dalam hati.
Sebelum jam 8.00 pagi Marts sudah sampai di pejabat. Saja tak mahu kelam-kabut. Abang Long Sewel telefon, macam biasa. Pagi-pagi dia happy macam Pingu. Stress sikit bila dengar dia masak breakfast sambil bercakap dan kemudian mms gambar kata dia breakfast dengan steak dan bacon baked beans. Marts belum makan lagi. Letak telefon, nak makan dulu katanya. Bos nombor 2 Marts masih belum sampai.
Tak lama Bos nombor 2 sampai, minta sediakan slide powerpoint dan cari maklumat yang dia pernah email mungkin 2 tahun yang lepas. Stress makin bertambah. Lima minit sebelum present baru nak minta? Kenapa semalam tak cakap awal-awal? Paling Marts tak suka buat kerja last minit terutamanya kerja orang lain yang tak bersedia dan kemudian campak pada orang lain. Tak reti berfikirkah?
Tak lama kemudian stress makin bertambah. Bos, kalau bos tak fight sungguh-sungguh buat apa buat belanjawan? Buang masa habiskan tenaga dan sakitkan otak berfikir bila depan orang macam tikus. Telinga Marts mula jadi merah, Marts boleh sembunyikan perasaan stress tapi Marts tak boleh control blood rush ke kepala Marts, telinga Marts akan jadi merah. Orang-orang yang biasa dengan Marts mesti perasan pasal benda ni. Keluar terus dari bilik pembentangan. Tak ada sebab untuk terus duduk dalam tu. Sangat kecewa dengan bos nombor 2 Marts. Lemah. Penakut. Baru dikritik sikit terus diam tak bersuara. Bos yang baik akan fight untuk orang-orang di bawahnya, bukan sekadar untuk diri sendiri. Betullah akan ada masalah, memang dah jangka.

Stress tahap polis angkasa gaban. Terus keluar minum di restoran sebelah pejabat. Bukan lapar sangat pun tapi bengang. Balik pejabat lagilah stress sebab tak boleh nak buat kerja. Ada makhluk kenit pendek yang tak faham Marts tengah bengang, tak minat nak bersembang dengan dia mahupun dengar dia bercakap dengan bangga pasal anak dia yang pandai main games komputer dan pandai pasang komputer. "Wah! pandainya dia", jawab Marts tiga patah sambil senyum tak ikhlas dan terus buat panggilan telefon palsu supaya dia berambus dari meja Marts. Malangnya dia tetap tunggu Marts, duduk depan meja sambil pandang muka Marts macam Totoro pandang Marts bila dia minta makanan. Marts tengok bukan macam Totoro tapi macam tikus pun ada. Marts rasa ada dua kebarangkalian, samada dia ni bodoh atau pun tak ada perasaan langsung. "Tunggulah sampai kau tumbuh telinga panjang, berbulu macam Totoro dan ada ekor baru aku akan layan kau." Marts sumpah dia dalam hati lagi. Akhirnya penyelamat Marts datang, dalam bentuk panggilan telefon. Nota : Marts memang tak suka dengan dia sebab hobi dia bercakap benda-benda merapu, jadi tukang sampai cerita dan kalau dia ada di meja orang lain dia akan belek semua dokumen atas meja orang tu satu persatu tanpa minta kebenaran dan tanpa ada rasa bersalah. Kenit tapi ligat di pejabat jadi pemberita.
Jam 3.00 petang. Lagi stress rupanya, stress tahap darah tinggi memancut ikut hidung macam dalam anime Jepun, stress mahadewa. Abang Long Sewel telefon lagi tapi sekejap dia ok baik mulia berhemah, sekejap dia marah, sekejap dia tinggi suara. Marts rasa betullah dia gila. Tak pun dia datang bulan lagi. Stress Marts dibuatnya bila kena marah, nasib baik dalam telefon. Panas telefon Marts sebab kena telinga Marts yang memang panas. "Okaylah, telefon Marts habis bateri", err...memang habis bateri pun sebenarnya, sumpah.
Malam. Marts stress sebab Marts tak dapat skate dengan kawan-kawan Marts. Balik terus buka komputer nak buat entri untuk blog. Terapi untuk stress.
Ahad. Marts tak mahu cakap dengan siapa-siapa hari ni. Isnin pun sama juga. Marts nak tengok wayang.
Marts : Tengah fikir nak cari kerja di agensi lainlah. Uncleeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.....

marts.. ambil wudhu.. baca kalam Allah.. Insyallah dapat kurang kan sedikit kekalutan.. Cuba ye?
J thanks. :-D
Hari ni dah ok, tapi masih nak cari kerja lainlah rasanya.
huhu marts. harap2 dah cool dah
kesian marts...meh keje ngan aku...gerenti tak stress..
kerja tak susah, tlg jaga luqman jerk...hehehe
Sabar Marts... bawak pie jalan2 keliling kawasan ofis ke, pie makan atau kudap junk food ke tapi yg penting, istighfar banyak2. Biasa la keje...
Ammal pun tgh plan nak resign ni. Tapi tak mo la resign bodoh je. Nak carik keje yg boleh buat dari rumah. Tapi susah betul laaaa. Ammal tak mo jadik full time housewife. Boleh biol pala otak. Jom kita carik keje sama2...
Hahahaha.. superb la post marts kali ni.. mmg marts stres thp lebih meter tu..
Tp lagi kesian sb xdpt skate ngn kteorg kan??? Hnm ngn jaja pun skate kjp je.. sbb hujan.. tp geng2Ben n Luqman p skate bwh jambatan. Kteorg nk p tp xberani...Lastly kteorg blk je...
IG, bawah jambatan skate tak best la. Dekat2 sangat. Ni nak pi skate 101010, tak sabar. :-D
Ammal, Marts pun tgh survey2 kerja baru jugak ni. Cuma nak kena tgk2 jugak la kan sbb dah lama ngan current job.
Imre, dah ok sikit dah. :-D
Intan, aku jaga Luqman tapi ko kena tinggal dia kat PJ. Kui kui kui...
IG bukan xsabar.. rasa mcm berdebar-debar ni.. sbb xpernah skate dlm bndr ni.. takut pun ade.
Kalo Marts tau mana2 keje yg lebih banyak bekerja di rumah bagitau Ammal ye. Ammal nak suggest Marts mintak sini pun, rasa cam tak seswai sebab ramai benor resign skrang ni.. huhuhu...
Nanti sms Ammal ur qualification. Kot2 ada offer dari kengkawan Ammal yg lain...
samalah kita ling! ngah cari kerja lain. keja now betul² buat sakit otak & jiwa ;(