Korang ingat lagi cerita momok Marts? Marts sudah confirmkan dan rasanya memang ada orang di atas rumah Marts sebab Marts nampak lampu beranda yang terbuka walaupun Marts tak nampak pakaian yang dijemur macam rumah orang lain. Sebab dah selalu sangat Marts jadi lali dengan bunyi-bunyian yang muncul tak kira masa.
Baru-baru ni Marts terima email daripada staff tempat kerja Marts mengenai kejadian yang hampir serupa berlaku di apt tempat dia tinggal. Dia dengar macam-macam bunyi dari rumah atas dan bila dia periksa dengan rumah atas, jawapan yang dia terima buat dia jadi takut. Orang atas kata dia tak buat benda-benda tu dan ada waktu-waktu semasa kejadian dia tak ada di rumah pun. Maknanya orang bawah tu sahaja yang dengar bunyi-bunyi tu. Ada 'hidden extra level' antara rumah atas dan bawah?
Ada kebarangkalian bunyi-bunyi yang Marts dengar cuma Marts sahaja yang dengar sedangkan orang di atas mungkin tak dengar/buat apa-apa pun.
Minggu lepas Marts dengar bunyi orang tumbuk lesung batu jam 5 pagi. Tak kisahlah sebab memang ada orang yang tumbuk sambal waktu subuh tapi yang Marts musykil bunyi tu datangnya dari bilik tidur. Kalau pun orang atas tumbuk sambal, takkanlah dalam bilik tidur pulak kan? Dapur kan ada. Bunyi pun tak lama, tak macam masa yang diambil untuk orang tumbuk sambal.Kebanyakan orang pun biasanya akan tengok waktu juga kalau nak buat bising kan, tumbuk sambal waktu subuh sah-sah satu blok boleh dengar. Atau Marts sahaja yang dengar?
Macam malam tadi, masa Marts dok bersembang dengan Abang Long Sewel, Marts dengar bunyi budak berlari di rumah atas(orang dewasa tak berlari dalam rumah). Cuma yang Marts pelik jam dah pukul 2 pagi, ada ke budak-budak yang masih berjaga jam 2 pagi dan berlari-lari dalam rumah? Mak bapak tak tegur? Ada ke budak-budak yang tak reti berjalan dan lari sepanjang masa?
Itu belum masuk lagi bunyi perabot ditarik selalu dan bunyi orang bertukang. Ada ke keluarga yang hari-hari susun dan tukar kedudukan perabot setiap hari? Mungkin ada tapi larut malam sampai jam 1 pagi masih susun perabot?
Waktu siang Marts tak pasti sebab Marts kerja tapi kalau malam selalunya ada bunyi-bunyian ni. Tapi ada juga waktunya langsung sunyi sepi sepanjang malam macam tak ada orang. Ada sekali Marts tension Marts pun ambil kayu dan ketuk siling rumah Marts. Bunyi di atas berhenti tapi tak sampai 5 minit pun bunyi tu muncul semula.
Serius, Marts dah lali. Cuma bila baca email staff tempat kerja Marts tu barulah Marts terfikir semula. Orang lain dengar atau Marts sahaja? Timing bunyi-bunyian tu pun buat Marts musykil juga.




Olive bini Popeye pernah crita. Ada ustaz gitau, memang ada makhluk lain yg duduk serumah/sebangunan ngan kita. Ammal dah pindah umah baru hampir 3 bulan. Dan 2 malam lps... masa nak check pintu dah berkunci ke tidak, tetiba dengar org panggil nama Ammal... cam sora lelaki. Husband Ammal tgh baca paper dalam bilik. Gitau dia.. kata ada org. Dia kata mana ada, mlm dah ni. Sebab dah kecut perut. Ammal trus tido. Pagi tanya lagi, dia ke yg panggil & tak dengar apa ke? Dia kata TAK! huwaaa... Tapi kalo ikut pengalaman Ammal kat umah lama, lagi macam2... kalo Ammal crita, Marts tak leh tido malam nanti...
Ammal, sekarang ada lagi ke suara2 misteri tu?
Ishhh... Ammal doa, jangan ler dengar lagi...
marts, akak tinggal di rumah berhantu 2 tahun setengah...setakat dengar orang tumbuk sambal pepagi buta, bertukang jam 2 pagi tu dah kira biasa lerr...lebih mengujakan...siap tarik2 baju masa akak masak kat dapur..hmm...lepas tu depa pi main air kat bilik air..