Salam Maal Hijrah untuk semua. Selamat Tahun Baru.
Marts sedang melalui hari-hari dan minggu yang agak sangat sibuk. Ada banyak entri blog yang terpaksa ditangguhkan dulu, disebabkan kerja sampailah kepada beberapa perkara yang tak kunjung selesai. Selagi tak selesai mood hendak menulis pun tak ada. Bila perkara dirancang tak menjadi terpaksalah cari penyelesaian alternatif. Pening kepala.
Abg Long Sewel pula ada di PJ sekarang dari hujung bulan lepas. Dia berulang-alik dari KB-PJ atas urusan kerja. Hari ini dia balik semula ke KB dan lusa datang semula ke PJ sampai hujung minggu ni. Penat tau memandu jauh dan lama-lama ni, kalau Marts memang tak boleh tahan. Lusa ni Marts dah paksa dia supaya datang bawa Yusuf sekali.
Dalam cerita yang tak berkaitan, Marts menang satu pertandingan baru-baru ni. Walaupun bukan hadiah utama tapi dapatlah juga Marts sebiji handphone jenama Nokia. Marts ingatkan bolehla menang tv flat skrin ke, PS3 ke atau pun hadiah utama sebuah kereta - akhirnya cuma handphone je. Tapi tak apalah, Marts bukannya keluar modal pun cuma postage dan slogan sahaja. Lagipun, ada orang nak bagi handphone percuma?





Salam maal Hijrah.. :)
dapat lah jugk hadiah free. Sape nak bagi ye tak? Marts suka masuk contest yek?
J, sy memang selalu masuk contest2 ni tapi yg pakai slogan atau guna kepandaian otak sahaja. Kalau yg jenis paling banyak hantar, paling banyak beli barang atau jenis lucky draw memang tak masuk.